cakap-cakap

Sunday, August 12, 2012

Majlis Berbuka Puasa 2012 anjuran ATTEC Terengganu.

Group NSR Kemaman telah dijemput oleh group ATTEC (Angkasa TZM Terengganu Club) yang diwakili oleh saudara Sham @ Lie CAP Paka pada 10 Ogos 2012 bertempat di Dataran Kuala Terengganu Pantai Batu Buruk. Hanya 2 orang wakil dari NSR Kemaman yang menyertai majlis tersebut iaitu saudara mli dan Pok Eing. Yang lain tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja dan berada di luar kawasan liputan. dan saudara mli pada konvoi kali ini hanya menunggang Kawasaki Viktor berikutan jentera NSR beliau yg masih lagi di dalam pembikinan dan baik pulih.

Check Point pertama di Stesen Minyak Shell Kg Besut Kemaman jam 2.30 petang.




Turut bersama yang bukan muslim ialah Ah Chong selaku Pomen utama group TZM Kemaman. beliau setakat ini tidak ketinggalan di dalam aktiviti konvoi group TZM. Turut hadir ialah saudara Amir (Kawa Biru) yang merupakan ex-rider TZM.

Check Point Kedua ialah di rumah Saudara Sham @ Lie CAP di Paka, Terengganu.

 Barisan kuda-kuda yang turut serta sementara menunggu yang lain sampai di check point kedua.

Perbincangan rider-rider tua.

Sessi pembaik pulih sebelum memulakan perjalanan.

Turut disertai oleh Pok Eing yang hanya rantai moto beliau hanya ditegangkan oleh org berpengalaman.

Sessi pembersihan enjin yang mana minyak telah bercampur dengan air.



Tepat jam 5 petang, konvoi bergerak ke destinasi. malangnya, tiba di jalan Bukit Bauk, seorang rider telah terlibat dengan kemalangan. mangsa hanya mengalami luka-luka ringan. walaupun demikian, mangsa turut dibawa ke hospital untuk pengesahan kecederaan.





Barisan kuda2 dr group TZM Paka yang menunggu mangsa di hospital Dungun sebelum berangkat ke destinasi.

Rider2 dr Paka dan Kemaman tiba di destinasi jam 7 petang.

Makanan yang disediakan adalah secara Buffet dan dihadiri oleh lebih kurang 100 bikers.












Majlis bersurai jam 930 malam dan bersambung di Padang Negara Terengganu untuk Sessi TTS.



Pihak penganjur turut menghadiahkan stiker kelab (tgk bwh) sebagai cenderahati untuk para riders yang mengikuti majlis ini. Konvoi bersurai Jam 11 malam utk ke destinasi masing2. Sepanjang perjalanan balik tiada insiden yang tidak diingini berlaku.



Kami bagi pihak NSR Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan2 bikers yang lain terutama saudara Sham @ Lie CAP yang tidak jemu2 menjemput pihak kami di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

       

No comments:

Post a Comment

NSR Kemaman TOP SPEED 80 %

video konvoi 101010

video konvoi 101010_2

video konvoi 101010_3

video konvoi 101010_4

video konvoi 101010_5

video konvoi 151010