cakap-cakap

Saturday, July 10, 2010

Konvoi ke Cup Prix Kuala Terengganu 09/07/2010

Konvoi kali ini disertai oleh Incik Sopi (Penang Mali), Incik Apis, Incik Aris, Incik Firdaus (Utara Mali, dan Pok Eing (Orang Lama). MOD x joint sbb keadaan motor x mengizinkan. Konvoi bermula dari Kemaman bersama-sama dengan group TZM pantai timur dan group-group motor lain. Konvoi kali ini ditaja oleh MAXXIS dan dapatlah cenderamata untuk untuk di bawa pulang.































Dari Kemaman berkumpul di Paka bersama-sama dengan Group motor lain dan di 'eskot' oleh Polis sampai ke Sempadan Dungun. Di tempat berkumpul ini, MAXXIS selaku penaja utama sempat memberi penerangan dan sepatah dua kata dan yang paling penting di masa ini juga semua peserta diberikan barangan cenderamata. Tima ksaih MAXXIS.
























































Setibanya di Kuala Terengganu, konvoi berkumpul di Masjid Terapung untuk sesi mengambil gambar. konvoi kali ini dari Dungun ke Kuala Terengganu disertai oleh lebih 100 buah motosikal berbagai jenis. Tujuan konvoi kali ini bukanlah ke Cub Prix tetapi lebih kepada berjalan-jalan makan angin. Lebih kurang selepas Maghrib, konvoi bertolak pulang ke Kemaman. sepanjang perjalanan balik, konvoi telah dibasahi hujan. Walaupun demikian, syukur kerana tiada sebuah NSR pun buat hal.

* gambar kurang clear sebab di ambil menggunakan kamera handphone.

NSR Kemaman TOP SPEED 80 %

video konvoi 101010

video konvoi 101010_2

video konvoi 101010_3

video konvoi 101010_4

video konvoi 101010_5

video konvoi 151010