cakap-cakap

Sunday, September 2, 2012

Sepatah kata dari pihak Moderator

Assalamualaikum buat sahabat2 rider semua dan juga pelayan blog yg sudi singgah di laman blog pihak kami. saya bagi pihak nsrkemaman memohon seribu kemaafan di atas tiada any news updated buat xtvt yg dijalankan oleh pihak kami. ini semua diatas, kesibukan kerja warga nsrkemaman dan juga moto2 yg masih di dalam pembikinan dan baik pulih.

Diatas kesempatan ini juga, saya bagi pihak nsrkemaman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua rakan2 bikers dan juga pelawat laman blog kami. terima kasih diatas sokongan yang di beri selama ini.

Sunday, August 12, 2012

Majlis Berbuka Puasa 2012 anjuran ATTEC Terengganu.

Group NSR Kemaman telah dijemput oleh group ATTEC (Angkasa TZM Terengganu Club) yang diwakili oleh saudara Sham @ Lie CAP Paka pada 10 Ogos 2012 bertempat di Dataran Kuala Terengganu Pantai Batu Buruk. Hanya 2 orang wakil dari NSR Kemaman yang menyertai majlis tersebut iaitu saudara mli dan Pok Eing. Yang lain tidak dapat turut serta kerana terpaksa bekerja dan berada di luar kawasan liputan. dan saudara mli pada konvoi kali ini hanya menunggang Kawasaki Viktor berikutan jentera NSR beliau yg masih lagi di dalam pembikinan dan baik pulih.

Check Point pertama di Stesen Minyak Shell Kg Besut Kemaman jam 2.30 petang.




Turut bersama yang bukan muslim ialah Ah Chong selaku Pomen utama group TZM Kemaman. beliau setakat ini tidak ketinggalan di dalam aktiviti konvoi group TZM. Turut hadir ialah saudara Amir (Kawa Biru) yang merupakan ex-rider TZM.

Check Point Kedua ialah di rumah Saudara Sham @ Lie CAP di Paka, Terengganu.

 Barisan kuda-kuda yang turut serta sementara menunggu yang lain sampai di check point kedua.

Perbincangan rider-rider tua.

Sessi pembaik pulih sebelum memulakan perjalanan.

Turut disertai oleh Pok Eing yang hanya rantai moto beliau hanya ditegangkan oleh org berpengalaman.

Sessi pembersihan enjin yang mana minyak telah bercampur dengan air.



Tepat jam 5 petang, konvoi bergerak ke destinasi. malangnya, tiba di jalan Bukit Bauk, seorang rider telah terlibat dengan kemalangan. mangsa hanya mengalami luka-luka ringan. walaupun demikian, mangsa turut dibawa ke hospital untuk pengesahan kecederaan.





Barisan kuda2 dr group TZM Paka yang menunggu mangsa di hospital Dungun sebelum berangkat ke destinasi.

Rider2 dr Paka dan Kemaman tiba di destinasi jam 7 petang.

Makanan yang disediakan adalah secara Buffet dan dihadiri oleh lebih kurang 100 bikers.












Majlis bersurai jam 930 malam dan bersambung di Padang Negara Terengganu untuk Sessi TTS.



Pihak penganjur turut menghadiahkan stiker kelab (tgk bwh) sebagai cenderahati untuk para riders yang mengikuti majlis ini. Konvoi bersurai Jam 11 malam utk ke destinasi masing2. Sepanjang perjalanan balik tiada insiden yang tidak diingini berlaku.



Kami bagi pihak NSR Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih buat rakan2 bikers yang lain terutama saudara Sham @ Lie CAP yang tidak jemu2 menjemput pihak kami di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

       

Thursday, October 27, 2011

TTS sempena Deepavali 2011

Diatas kesibukan kerja dan keadaan cuaca yg tidak menentu, MOD telah menggunakan kesempatan Hari Deepavali utk TTS bersama-sama dengan rakan2 Bikers yang lain. Antara yang hadir ialah Mli, Apis, Sopi, Pok Eing dan Firdaus dr NSR Kemaman dan Awang dr Group TZM. TTS hanyalah bertujuan bersantai bersama rakan-rakan.





 Moto Sopi yg telah berubah wajah.

Saudara Awang yang hampir tertidor semasa TTS.



TTS tamat jam 1130malam bermula 930 malam. meskipun cuaca tak berapa elok, para bikers dpt pulang dengan selamat.

Monday, October 17, 2011

TTS rakan-rakan NSR Kemaman + TZM Pantai Timur

Malam 16 Oktober 2011, jam 930 malam, konvoi TZM dr Dungun, Paka, Kijal dan Kemaman telah singgah ke Bandar Chukai untuk TTS makan nasi kukus. Pihak NSR Kemaman telah dijemput serta tetapi hanya 2 orang yang dapat hadir iaitu Mli dan Pok Eing. Yang lain tidak dapat turut serta kerana kesibukan kerja.







Mli yang berbaju putih.





Pok Eing yang berbaju merah.



Friday, September 9, 2011

Misi Menyelamat moto Pok Eing dr Kerteh ke Kemaman.

Pada waktu pagi 8 September 2011, Pok Eing di dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Paka menaiki motosikal telah mengalami masalah 'Piston Jem' berikutan gaya pemanduan yang melampau dan keadaan motosikal yang masih lagi belum di setting dengan sempurna.

Berikutan rakan2 nsr kemaman semuanya sedang bekerja pada waktu itu, konvoi penyelamat oleh Mli telah pergi pada waktu malam berseorangan. Kebetulan apabila Mli sampai di tempat kejadian, group TZM dan Kawa 250 Kemaman telah melalui kawasan tersebut untuk pergi TTS di kerteh dan bantuan telah diberikan oleh mereka dengan syarat, Mli dan Pok Eing mesti menyertai TTS bersama mereka. Walaupun demikian, TTS tersebut telah di sponsor oleh mereka.







NSR Kemaman TOP SPEED 80 %

video konvoi 101010

video konvoi 101010_2

video konvoi 101010_3

video konvoi 101010_4

video konvoi 101010_5

video konvoi 151010