Dari Kemaman berkumpul di Paka bersama-sama dengan Group motor lain dan di 'eskot' oleh Polis sampai ke Sempadan Dungun. Di tempat berkumpul ini, MAXXIS selaku penaja utama sempat memberi penerangan dan sepatah dua kata dan yang paling penting di masa ini juga semua peserta diberikan barangan cenderamata. Tima ksaih MAXXIS.
Setibanya di Kuala Terengganu, konvoi berkumpul di Masjid Terapung untuk sesi mengambil gambar. konvoi kali ini dari Dungun ke Kuala Terengganu disertai oleh lebih 100 buah motosikal berbagai jenis. Tujuan konvoi kali ini bukanlah ke Cub Prix tetapi lebih kepada berjalan-jalan makan angin. Lebih kurang selepas Maghrib, konvoi bertolak pulang ke Kemaman. sepanjang perjalanan balik, konvoi telah dibasahi hujan. Walaupun demikian, syukur kerana tiada sebuah NSR pun buat hal.
* gambar kurang clear sebab di ambil menggunakan kamera handphone.